Apr 20, 2011

:: L.O.V.E ::

Salam 'alaik..

Salah seorang teman saya, pernah bertanya kenapa org2 alim kata couple tu haram..?? dgn sengaja saya memberi ruang padanya untuk menjelaskan pendapat nya dahulu..
Dia tegas mengatakan couple itu tak haram, yg haram adalah apabila kita berdua-duaan lelaki & perempuan di tempat yg sunyi..

saya mengiakan sahaja...

Kemudian , dia tanya kenapa ust, ustazah selalu kata
"couple itu haram"..
"no couple before married"...
"couple adalah permulaan zina"...
pertanyaan dia knapa guna perkataan couple.? kenapa tak khusus kan je kata berdua-duaan di tempat sunyi...??

emm..

jawapan saya...
apa maksud couple..??...
tu je yg mmpu sya butirkan memandangkan teman saya ni bukan calang2 ilmu agamanya...*boleh jd ust@ustzh kot*

pendapat saya, couple before married is false but love before married is legal...
Allah telah ciptakan makhluknya dengan pelbagai perasaan.. memang x salah kalau seseorang itu jatuh cinta.. itu memang fitrah kejadian manusia.. jadi buat rakan2 yang selalu menghalang couple ni... saya tak kata hentikan kerja2 dakwah anda tetapi tegurlah dengan cara berhemah... tunjukkan jalan yang terbaik & mengikut syariah demi salurkan love before married.. ramai kawan2 di luar sana tidak mengetahuinya...

buat kawan2 yg sedang , bakal & telah couple...
bersyukur lah pada yang Maha Pencipta kerana anda sungguh istimewa di beri perasaan kasih mengasihi, sayang menyayangi, rindu merindui..
tapi tolong lah salurkan kerinduan tu pada jalan yang di redhai... *rintihan seorang sahabat buat teman2 dan kenalan yang disayangi*

saya x benci kawan2 saya yg couple,
saya x benci kwn2 saya yg prnah terlanjur,
saya x benci kwn2 saya yg ada prasaan pada kaum sejenis,
saya selalu sedia kan telinga mendengar luahan hati kegembiraan@kesedihan kwn2..
saya relakan telinga mendengar, namun saya x merelakan mulut untuk membuat amal makruf nahi munkar..
Ya Allah, kuatkan hambamu ini dalam memerangi perkara2 mungkar...

ada juga mulut2 yang mula berbicara, "macam lah dia tu baik sangat. selalu je nampak dia lepak2 dgn mmbe2 laki. jumpa kawan lelaki.. kononya nak hantar assignmnt, stdy sama2 lah.. boleh blah la nisah.."
fuh.. jujur nya kawan2 saya...

Di sini, saya coretkan sedikit beberapa panduan interaksi antara lelaki dan perempuan iaitu 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu

1)
Niat
Mestilah diniatkan kerana Allah.

2)
Matlamat
Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'.

3)
Cara / Method
Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:
i) menjaga pandangan
ii) memelihara aurat
iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
iv) mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan
v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja

sumber: http://90born.forumotion.com/t678-ikhtilatpergaulan-bebas-menurut-hukum-islam

wallahua'alam...~~


2 comments: